Justeru Impian di Jaring
Tajuk: Justeru Impian di Jaring
Penulis: Zaid Akhtar
Penerbit: Utusan Publication and Distribution
Tahun Terbit: 2007
Harga: RM 16
Pertama kali melihat kulit hadapan novel kecil ini di laman weblog pengarangnya, Ustaz Zaid Akhtar, saya sudah jatuh cinta. Rona hijau yang menatari sangat-sangat menyejukkan mata, terutamanya untuk orang-orang yang menghadap komputer tanpa sebarang perlindungan selama berjam-jam sehari seperti saya.
Membaca pula sedikit excerpt yang dimuatnaik Ustaz Zaid, saya lebih-lebih teruja. Saya agak familiar dengan kerja-kerja beliau sebelum ini [Sesegar Nailofar, Rona Bosphorus], jadi saya sangat tidak sabar untuk meladeni JIdJ. Meskipun sinopsis awal membayangkan ia mengangkat isu yang tidak terlalu berat, tetapi knowing Ustaz Zaid, saya yakin persoalan-persoalan sampingan yang diselitkan pasti menarik.
Saya mengaku, JIdJ tidak mencewakan. Pembaca akan dikenalkan kepada Syahir, seorang bintang badminton yang dihadapkan dengan pelbagai dugaan - tuntutan agama, tanggungjawab kepada negara, kasih kepada keluarga, kerenah birokrasi, persaingan di luar dan juga di dalam gelanggang.
Meskipun rencamnya pelbagai, tetapi JIdJ tidak meleret. Ustaz Zaid menggunakan cara penyampaian bersahaja, tetapi mendalam dan menyentuh rasa. Sepanjang pembacaan, saya terasa seolah-olah berasa di samping Syahir. Segala emosinya saya rasakan. Malah, tatkala Syahir menangis mencium tangan ibunya untuk memohon restu, air mata saya turut berjujuran!
Kelemahan cuma satu. JIdJ terlalu pendek! Tidak puas menelusuri jejak-jejak jaya Syahir. Kalau boleh, saya mahu novel ini disambung. Mungkin kisahnya bertanding di Sukan Olimpik pula boleh didokumentasikan.
JIdJ sarat mesej. Secara keseluruhan, ia berada dalam kelas tersendiri sebagai contoh sebuah karya sastera Islami yang mampu mendidik remaja.
P.S. Diskusi JIdJ akan diadakan di DBP pada 7 Julai 2007 (Sabtu) pada jam 9:30 pagi. Turut dibincangkan: Ladang Hati Mustika (Ummu Hani Abu Hassan) dan Misi Piramid (Ida Munira Abu Bakar).
Foto dari laman Ujana Ilmu.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home